Tuesday, October 28, 2008

KUNDASANG

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi memberi keselesaan kepada kepada pelancong.

Pecahan kampung
Terdapat beberapa buah pecahan kecil kampung yang terdapat di Kundasang di antaranya ;
Pekan Kundasang
Lembah Permai
Cinta Mata
Kouluan
Masilou
Menteki
Bambangan
Desa Aman
Kinasaraban
Bundu Tuhan
Dumpiring
Desa Sunyi (Kundasang Lama)
Mohimboyon
Nosorob
Pinousok
Giman
Sinisian
Keranaan

No comments: