Thursday, October 16, 2008

MONSOPIAD
Bersebelahan Sungai Penampang terdapat banyak bangunan tradisional yang membentuk Kampung Budaya Monsopiad, muzium hidup yang terletak 16 km dari Pusat Bandar raya. Monsopiad merupakan seorang pahlawan yang menggerunkan yang tinggal di Kampung Kuai kira-kira 200 tahun dahulu.
Di perkampungan ini, lawatilah Tangkob atau tempat pengumpulan padi. Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad dibina khusus untuk memperingati dan keturunannya. Turut dipamerkan ialah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad dan seorang ketua adat yang amat dihormati.
Pameran lain yang tidak kurang hebatnya ialah monolit agam yang merujuk kepada pelbagai legenda, restoran tradisional dan sudah tentu Siou Do Mohoing, atau Rumah Tengkorak yang menempatkan 42 ‘trofi’ milik Monsopiad bergantungan di kasau.


MCM MANA MAU PERGI SANA??

Dengan menaiki bas bernombor 13 ke Pekan Donggongon di Penampang dari stesen bas di hadapan Dewan Bandar raya atau Plaza Wawasan di Bandar raya KK. Tambang yang dikenakan ialah RM1.50. Di Donggongon, naiki bas mini yang menuju ke Terawi dan maklumkan kepada pemandu bas akan destinasi anda. Tambangnya ialah RM1.00. Anda juga boleh memilih teksi dengan sewa sebanyak RM35.00 atau menghubungi pihak Kampung Budaya untuk khidmat ulang-alik dengan bayaran RM35.00.
Masa Dibuka
Setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Yuran kemasukan (termasuk minuman alu-aluan, lawatan interaktif berpandu)
Warganegara Malaysia RM30.00 (Dewasa) RM15.00 (12 tahun ke bawah)Bukan Warganegara Malaysia RM50.00 (Dewasa) RM10.00 (12 tahun ke bawah)
Maklumat Tambahan boleh diperoleh daripada


Monsopiad Cultural Village Sdn Bhd
Kg. Kuai/Kandazon, Penampang
Peti Surat 153
Tanjung Aru 89458
Kota Kinabalu Sabah,
Malaysia.

No comments: