Saturday, October 18, 2008

Kampung Nelayan - Tun Fuad, Bukit Padang

Hello.. salam...

Im back again after 4 days not log in to my blog.. Today i want to Share sumting new in my journey in Sabah-K.Kinabalu..

3 days ago on 15 okt 2008, i`ve go some place that i always go before but never take mention about it.. As we know, there a lots seafood at kk and one of it at Tun Fuad, Bukit Padang that call Kampung Nelayan.. People can come here to recreation, jogging, talking, dancing also eating.. :) In the middle of this place, there a pond.. Its view so nice. People can go to waterfall by human made, also u can rent a canoes(sampan) so that u can drive it around the pond..

On that day i go there with my partner in car rental biz. We want to try something new in a same times we can publish to evreybody. That's why we choose Kampung Nelayan. Actually he did go there before once but for me honestly its new.. U know lah people like me didnt go place like that.. just "lepaking at mamak Stall".. hehehe.. The point is, if u go there u can eat as much as u can. Even 1st, 2nd, 3rd round also can.. kalau tahan lah tuh perut.. hehehe.. its name "Buffet, BBQ and Steambot". Its moto "eat as much as u can but no left".. u know what its mean? it mean u can eat how many u want but one even one things that u take is not finish, they will charge u RM3 per 100g.. jadi kalau ndak dapat habis buang jak lah d tasik tun fuad(tapuk2 lah) hehehe..

After we eat they just charge ur RM39.. wow!! im suprise cuz what i know if eat at seafood confirm expensive.. That time we ate crabs, prawn, chicken, slice meat, sausage, fish ball, fish cake, salad, rice and many more cant remember already.. I suggest if anyone of you want to try it, just come to tun fuad, bukit padang.. bukan d tempat org gila ah.. hehehe.. time makan until perut mau pecah.. huhuhu...

Have Fun..

Hey!! psst!! u all know kah? There a story about this pond.. here.. come closer.. there a Dragon fish in this pond. From the story that i got from people who had live there more then 20 years, its acctually had. People who had a very good luck the only one can see it.. they said its big getting grow to 40 meter and its just take a breath 1 times in a year..

Thursday, October 16, 2008

Lagi Sejarah Tentang Mat Salleh

Kalau pada zaman dahulu, seseorang itu ditakuti bukan kerana kegagahan luaran seperti berbadan besar, tegap dan mempunyai otot badan yang berpintal-pintal, tetapi apa yang amat ditakuti ialah isi dalaman seperti ilmu kebatinan dan kekutan rohaninya. Untuk berlawan atau beradu tenaga seseroang itu perlu mempunyai kekuatan mental serta ilmu dalaman mempertahanan diri dan bukan dilihat pada kekuatan fizikalnya. Pada tahun 1894 hingga 1900 Datu Paduka Mat Salleh merupakan pahlawan Bajau yang cukup terkenal dengan ilmu kebatinan sehinggakan dengan hanya bersenjatakan parang dan lembing pahlawan terbilang itu boleh menentang tentera penjajah yang lengkap dengan senjata api termasuklah meriam yang dianggap ketika itu sebagai senjata yang menggerunkan. Di samping Mat Salleh ada beberapa orang lagi pahlawan dari suku kaum Dusun, Murut, Brunei, Rungus, Suluk, Irranun dan Bisaya yang juga dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa yang pernah menentang penjajah dalam era pemerintahan Syarikat Berpiagam British Borneo Utara, diantaranya seperti Antenom, Sharif Osman, Mat Sator, Pak Musa, Si Langkap dan lain-lain lagi namun Datu Paduka Mat Salleh adalah yang amat terkenal sekali dan paling digeruni oleh tentera British.Usaha tentera British untuk memusnahkan Mat Salleh sering gagal kerana beliau dikatakan mempunyai kekuatan yang luar biasa, malah dikatakan Mat Salleh boleh bergerak di seluruh pelusuk negeri Sabah dengan begitu pantas sekali sehingga amat menyukarkan tentera penjajah menjejakinya.
Datu Paduka Mat Salleh bukan sahaja memiliki kekuatan luaran malah yang paling utama ialah kekuatan dalaman sehinggalah ia amat disegani oleh para pengikutnya dan diantara kelebihan pahlawan terbilang itu ialah "Jaket Kebal" yang mempunyai tulisan petikan dari Al-Quran.
Jaket tersebut mempunyai 2 lapisan. Lapisan luar diperbuat daripada kain tenunan tangan yang dihiasai dengan tulisan jawi yang disulam dengan benang dan di bahagian dalam tulisan tersebut (di antara sulaman dan kain) terdapat kepingan kertas yang berfungsi untuk membentuk tulisan jawi tersebut. Lapisan kedua jaket tersebut diperbuat daripada kain jenis kapas.
Jaket ini mempunyai lobang yang koyak yang dipercayai bekas terkena peluru senjata tentera Inggeris dan di lapisan dalam jaket terdapat bekas karat dan ada juga bekas yang terkoyak dipercayai kesan daripada serangan serangga.
Jaket ini dipercayai kebal kerana mengikut cerita yang dapat dikumpul, jaket utamanya dipakai oleh Datu Paduka Mat Salleh ketika berhadapan dengan tentera Inggeris yang sering kali memburu mereka dan dipercayai beberapa lagi jenis jaket yang sama dipakai oleh para pengikutnya.
Datu Paduka Mat Salleh diisytiharkan mati ditembak dengan meriam di kubunya di Kampung Tibabar, Tambunan ketika itu kononnya pahlawan Bajau itu tidak memakai baju kebal dan ketika sedang mengambil air whudu (bercuci) bagi persiapan untuk menunaikan solat.
Pemeliharaan telah diusahakan bagi menjaga ketahanan khazanah sejarah yang amat berharga itu. Proses rawatan ke atas jaket itu telah diadakan dalam 5 peringkat. Peringkat pertama ialah pembersihan dengan menggunakan alat penyedut berkuasa rendah. Peringkat kedua ialah menampal mana-mana kawasan yang koyak dengan menyematkan "Japanese Tissue" dengan menggunakan pelekat khas.
Proses rawatan diteruskan dengan "pengkonsolidasian" dengan menggunakan larutan "carboxymethylcelolose"(sejenis tepung) bercampur air suling namun sebelum proses pengkonsolidasian dilakukan kajian awal ataupun percubaan awal telah dilakukan bagi menentukan reaksi kimia yang digunakan tidak mendatangkan kesan buruk kepada jaket tersebut.
Proses seterusnya ialah pengeringan dan pembersihan sisa-sisa rawatan dengan kaedah menekan atau menindih jaket dengan "blotting paper" iaitu sejenis kertas penyerap dan "mylar"(sejenis kertas plastik). Blotting paper ditukar sehingga 3 kali. Penukaran kali ketiga akan dibiarkan untuk 24 jam lamanya. Warna blotting paper akhirnya akan kelihatan kekuningan setelah proses ini selesai. Proses ini agak memakan masa kerana dianggarkan bagi satu hari hanya boleh menyelesaikan rawatan untuk ukuran kira-kira 23sm X 6.5sm sahaja.
Peringkat yang akhir ialah pengeringan jaket keseluruhannya. Proses pengeringan ini sentiasa telah diawasai agar jaket tidak akan ditumbuhi kulat dan setelah kering jaket itu telah dan sedang dipamerkan untuk tontonan orang ramai.
Pihak Muzium Sabah masih lagi dalam proses pengkajian kesasihan jaket ini, namun ianya sudah menjadi bahan pameran di gelari Terowong Masa dan Gelari Tamadun Islam bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri jaket yang dianggap telah memberi mukjizat kepada Datu Paduka Mat Salleh.
Jaket kebal Mat Salleh dipamerkan di gelari Terowong Masa bagi menerangkan kepada orang ramai tentang penglibatan Mat Salleh dalam era penentangan kerajaan Inggeris. Jaket ini juga dipamerkan bersama-sama sejenis senjata yang didakwa digunakan oleh pahlawan Bajau itu sebelum ia mati ditembak dengan meriam oleh tentera Inggeris pada tahun 1900.
Satu jaket lagi yang didakwa pernah dipakai oleh pengikut Mat Salleh dipamerkan di gelari Tamadun Islam bagi menjelaskan kepada pelawat muzium tentang penglibatan Mat Salleh dan pengikutnya dalam pengembangan syiar Islam di Sabah.
Bagi memperingati perjuangan Datu Paduka Mat Salleh, Muzium Sabah telahpun membina sebuah memorial di Kampung Tibabar, Tambunan di tapak bekas kubu di mana pahlawan itu didakwa ditembak mati oleh tentera Inggeris.
Isi kandungan pameran di memorial tersebut meliputi sejarah perjuangan Datu Paduka Mat Salleh serta peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pahlawan itu seperti senjata, batu asah, gambar-gambar, illustrasi, catatan-catatan yang berkaitan serta serpihan-serpihan tembikar dan lain-lain lagi.
Memorial itu dibuka setiap hari mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali hari Jumaat dan 1 Mei. Orang ramai bolehlah mengunjungi memorial tersebut dengan percuma.



Post by Firdaus. Idea by Ben@Martivin.

Kamurang mau kenal mat salleh kah?


Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.
Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.
Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.
Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.
Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Posted by Firdaus. Idea by Ben@Martivin.
MONSOPIAD
Bersebelahan Sungai Penampang terdapat banyak bangunan tradisional yang membentuk Kampung Budaya Monsopiad, muzium hidup yang terletak 16 km dari Pusat Bandar raya. Monsopiad merupakan seorang pahlawan yang menggerunkan yang tinggal di Kampung Kuai kira-kira 200 tahun dahulu.
Di perkampungan ini, lawatilah Tangkob atau tempat pengumpulan padi. Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad dibina khusus untuk memperingati dan keturunannya. Turut dipamerkan ialah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad dan seorang ketua adat yang amat dihormati.
Pameran lain yang tidak kurang hebatnya ialah monolit agam yang merujuk kepada pelbagai legenda, restoran tradisional dan sudah tentu Siou Do Mohoing, atau Rumah Tengkorak yang menempatkan 42 ‘trofi’ milik Monsopiad bergantungan di kasau.


MCM MANA MAU PERGI SANA??

Dengan menaiki bas bernombor 13 ke Pekan Donggongon di Penampang dari stesen bas di hadapan Dewan Bandar raya atau Plaza Wawasan di Bandar raya KK. Tambang yang dikenakan ialah RM1.50. Di Donggongon, naiki bas mini yang menuju ke Terawi dan maklumkan kepada pemandu bas akan destinasi anda. Tambangnya ialah RM1.00. Anda juga boleh memilih teksi dengan sewa sebanyak RM35.00 atau menghubungi pihak Kampung Budaya untuk khidmat ulang-alik dengan bayaran RM35.00.
Masa Dibuka
Setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Yuran kemasukan (termasuk minuman alu-aluan, lawatan interaktif berpandu)
Warganegara Malaysia RM30.00 (Dewasa) RM15.00 (12 tahun ke bawah)Bukan Warganegara Malaysia RM50.00 (Dewasa) RM10.00 (12 tahun ke bawah)
Maklumat Tambahan boleh diperoleh daripada


Monsopiad Cultural Village Sdn Bhd
Kg. Kuai/Kandazon, Penampang
Peti Surat 153
Tanjung Aru 89458
Kota Kinabalu Sabah,
Malaysia.

Wednesday, October 15, 2008

Gunung Di Sabah


Kamu tau kah di Sabah sahaja terdapat sebanyak 34 jenis gunung >>

1.Gunung Ambun mempunyai ketinggian setinggi 1006 meter,

2.Gunung Bagahak ialah sebuah gunung yang terletak di Kampung Membati, daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Tingginya 774 meter,

3.Gunung Gaya merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Gaya mempunyai ketinggian setinggi 455 meter.

4.Gunung Ginivisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,143 meter.

5.Gunung Harimau merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Harimau mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

6.Gunung Hatton merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Hatton mempunyai ketinggian setinggi 648 meter. Gunung Hatton terletak dalam Taman Perlindungan Tabin.

7.Gunung Kauran merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kauran mempunyai ketinggian setinggi 1,168 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

Mount Kinabalu View
8.Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

9.Gunung Kuli merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kuli mempunyai ketinggian setinggi 1,387 meter.

10.Gunung Ligan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Ligan mempunyai ketinggian setinggi 1,386 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

11.Gunung Lotong yang terletak di Maliau Basin,, Sabah mempunyai ketinggian setinggi 1,664 meter (5,459 kaki). Gunung Lotong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

12.Gunung Lucia merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,201 meter.

13.Gunung Luis merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Luis mempunyai ketinggian setinggi 1,426 meter.

14.Gunung Lumutan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lumutan mempunyai ketinggian setinggi 1,318 meter.

15.Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter.

16.Gunung Maria merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

17.Gunung Mostyn merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Kunak di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Mostyn mempunyai ketinggian setinggi 495 meter.

18.Gunung Paling-paling merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Paling-paling mempunyai ketinggian setinggi 885 meter.

19.Gunung Panampakan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,086 meter.

20.Gunung Pisagan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pisagan mempunyai ketinggian setinggi 1,137 meter.

21.Gunung Pock merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pock mempunyai ketinggian setinggi 488 meter.

22.Gunung Rinangisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Rinangisan mempunyai ketinggian setinggi 1,326 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

23.Gunung Sigalong merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigalong mempunyai ketinggian setinggi 457 meter.

24.Gunung Sigapon merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigapon mempunyai ketinggian setinggi 613 meter.

25.Gunung Silam merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kampung Lama, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Silam mempunyai ketinggian setinggi 883 meter.

26.Gunung Tambuku merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tambuku mempunyai ketinggian setinggi 940 meter.

27.Gunung Tambuyukon yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian setinggi 2,579 meter (8,462 kaki).Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

28.Gunung Tampilat merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tampilat mempunyai ketinggian setinggi 963 meter.

29.Gunung Tannabalu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 596 meter.

30.Gunung Tinutudan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tinitudan mempunyai ketinggian setinggi 1,469 meter. Gunung Tinutudan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

31.Gunung Tribulation merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Lembah Danum, Banjaran Brassey, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tribulation mempunyai ketinggian setinggi 1287 meter.

32.Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,462 meter (8,669 kaki).Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.

33.Gunung Wakid adalah gunung yang tertinggi di kawasan daerah Tambunan. Gunung wakid terletak di kampung Sunsuron, Tambunan dan mempunyai ketinggian kira-kira 2,000 meter dan dikeliling hutan tebal yang menghijau.

34.Gunung Wullerstort merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Wullerstort mempunyai ketinggian setinggi 762 meter.

Tuesday, October 14, 2008

Mari Bemassage...

Malam Kelmarin lepas sy dengan biz partner sy siap semua urusan, kawan sy bawa p massage, kira 1st time lah p massage. Disebabkan ada rasa curiosity, so sy pun ok ja bila kena bawa. Lepas pilih pakage Body Oil Massage 1 jam(rm40) kami pun d bawa masuk ke sebuah bilik. dalam sana tuh sudah lah aircond pastu lagu lagi instrumental.. memang selesa abis lah.. urut punya urut rupa2nya 2 jam sudah. Lepas massage tu baru sy tau ada banyak perubahan yg sy dapat rasa. sy suggest kalau korang ada masa pi lah bemassage.. hehehe..

Massage
Tau kah anda? Massage mempunyai banyak kelebihan;-

1.Boleh merenggangkan sendi2 otot.
2.Melancarkan peredaran darah.
3.Menghilangkan Stress.
4.Menghilangkan migrain(mengikut sistem urutan kepala)
5.Mengeluarkan angin yang terdapat dalam badan kita.

Massage Melibatkan urutan sama ada Zahir & Batin.

Zahir - Tubuh badan mula dari kaki sehingga ke kepala.
Batin - Melibatkan individu yang mempunyai masalah lemah syahwat.Hanya tertumpu kepada Orang yang benar2 ada masalah.

So kalau kamu datang pi sabah atau memang sudah ada di sabah, kamurang bleh p bermassage kejap di area bandaraya Kota Kinabalu dan juga area Bundusan(Penampang Baru).

"Amalkan Budaya Hidup Sihat"

Hehehehe...

Sunday, October 12, 2008

Kk Point



Antara tempat - tempat menarik d Kota KInabalu >>

Tg aru > Pantai tg aru - Gerai tg aru

Bundusan > Go - Kart

Bukit Bendera > Pemandangan Ke Bandaraya Kota Kinabalu

Istana > Istana Negeri Sabah

Pasar Malam

Pasar Ikan Masin

Pasar Ikan > SAFMA

Pasar Besar > Sayur - Sayuran - Buah - Buahan

Pasar Minggu - Gaya Street ( Sunday )