Friday, October 10, 2008

Ada apa d Kk?!

Sabah sebenarnya dan sememangnya telah maju dalam bidang teknologi dan infranstrukturnya telah berkembang dengan pesat. Apatah lagi dengan terbinanya KKIA(Kota Kinabalu International Airport) ke-2 terbesar setakat ini di Malaysia. Ums ( Universiti Malaysia Sabah) terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti penuntut 12,350 orang manakala bilangan kakitangan akademiknya pula seramai 570 orang. Selain itu juga terbina 1Borneo yang terbesar d Borneo mempunyai keluasan 4 kali ganda Centre Point Shopping complex. Bukan sahaja dikenali sebagai negara maju malah masih kaya dengan alam semulajadi bersesuaian dengan nama apabila Kota Kinabalu di istiharkan sebagai "BANDARAYA RIMBA TROPIKA" bersamaan dengan tarikh yang unik 2 february 2000. Menarik bukan.. yang tau bagus lah yang ndak tau.. nah.. syukur..
Setakat ini Jalan raya bertingkat dengan kos berjuta-juta ringgit yang telah diperuntukkan oleh kerajaan telah siap dibina dan sudah digunakan. Sebuah lagi jalan raya bertingkat dalam proses pembinaan dan setakat ini 60% telah siap dan sebahagiannya sudah boleh digunakan.
Jalan Raya Bertingkat Bukit Nenas, Jalan Raya Bertingkat Karamunsing, Jalan Raya Bertingkat Kota Kinabalu - Sembulan, Jalan Raya Bertingkat KKIA.

No comments: